fbpx
GAMBAR fail Chen. - Foto ETtoday

Anak berang telefon bimbit dirampas, tikam ibu 20 kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAIPEI – Seorang remaja di Taoyuan, Taiwan, dijatuhi hukuman penjara 19 tahun 10 bulan kerana  menikam ibunya lebih 20 kali, lapor portal berita MSNews hari ini.

Kejadian berlaku sekitar pukul 11 pagi (waktu tempatan) pada 1 Jun tahun lalu. Tertuduh yang  dikenali sebagai Chen, 18, menjadi sangat marah selepas ibunya merampas telefon bimbitnya.

Ketika ibunya sedang tidur di dalam bilik,  dia pergi ke dapur untuk mengambil pisau dan masuk ke bilik wanita tersebut. Dia menikam ibunya sendiri bertubi-tubi di kepala, leher, dada dan perut.

Selepas melakukan serangan, Chen menghubungi talian kecemasan 119 untuk meminta bantuan perubatan.

Polis dan pasukan bomba bergegas ke lokasi dan membawa ibunya ke hospital, namun mangsa disahkan meninggal dunia.

Semasa disoal siasat, Chen mengaku melakukan perbuatan itu, menyatakan bahawa dia berada dalam keadaan tertekan selepas ibu merampas telefonnya.

Remaja tersebut juga berkata, dia berasa diabaikan setiap kali ibunya tidak mengendahkan percubaannya untuk berkongsi masalah mengenai pelajaran dan kehidupan harian.

Chen merupakan  anak tunggal dan tinggal bersama ibunya yang merupakan ibu tunggal. Dia disahkan menghidap autisme dan gangguan hiperaktif kekurangan tumpuan (ADHD) sejak kecil.

Pada 3 Disember lalu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 19 tahun 10 bulan ke atas Chen dan menolak rayuan serta hujan pembelaan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN