fbpx
PEMAIN JDT, Antonio Glauder berhadapan dengan penjaga gol Shanghai Port FC, Chen Wei pada  perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

ACLE: JDT kena ikat tanpa jaringan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISKANDAR PUTERI – Usaha skuad Johor Darul Takzim (JDT) merekodkan kemenangan ketiga di pentas Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) tidak berhasil apabila wakil China, Shanghai Port FC berjaya mengikat kedudukan tanpa jaringan pada aksi Kumpulan A Zon Timur di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), di sini malam ini.

Sebaik wisel perlawanan dibunyikan, Harimau Selatan agresif menyusun langkah mengatur serangan ke kubu lawan sehingga mencipta 19 peluang gol pada 45 minit pertama perlawanan.

Namun, penjaga gol The Red Eagle, Chen Wei tampil cemerlang malah dianggap ‘kebal’ mempertahankan benteng pertahanan sekali gus membuatkan tuan rumah gagal mencipta jaringan pada babak pertama perlawanan.

Memasuki aksi kedua perlawanan, bintang JDT, Bergson Silva hampir memecah kebuntuan pada minit ke-63, namun sepakannya sekadar hinggap di palang gol.

Selang 10 minit selepas itu, pemain pertahanan JDT, Nacho Mendez turut berpeluang menjaringkan gol namun rembatannya turut dinafikan tiang gol.

JDT terpaksa akur berkongsi mata dengan pasukan tercorot Kumpulan A itu sekaligus meletakan pasukan Harimau Selatan ditangga keenam carta kedudukan pasukan setakat ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN