fbpx
SEBUAH hotel yang disyaki milik seorang suspek dalam kes pengumpulan organ. - Foto Polis Imo

100 mayat tanpa organ dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ABUJA – Lebih 100 mayat reput dan dicacatkan dijumpai di sebuah rumah yang disyaki terlibat dalam kegiatan mengumpulkan organ manusia secara haram di Nigeria, lapor portal berita MailOnline semalam.

Polis turut menutup sebuah hotel dan rumah mayat persendirian milik seorang suspek di komuniti autonomi Umuhu di daerah Ngor-Okpala, negeri Imo,  tenggara Nigeria selepas melakukan satu serbuan.

Pegawai polis Imo, Henry Okoye berkata, anggota-anggota pihak berkuasa itu juga menyerbu kediaman seorang suspek lain dan merampas bukti tambahan tanpa memberikan butiran lanjut.

Anggota-anggota polis kini sedang berusaha menjejaki kesemua suspek yang terlibat.

“Di rumah mayat tersebut, jasad-jasad yang reput dan dicacatkan ditemukan dalam keadaan tidak bersih, menimbulkan syak wasangka terhadap aktiviti mengumpulkan organ secara haram,” kata Okoye.

Beliau menambah, siasatan terhadap kegiatan mengumpulkan organ itu telah dilancarkan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN