fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran yang menunjukkan Yusuf Azmi sedang terhuyung-hayang di atas gelanggang.

[VIDEO] Yusuf Azmi pucat lesi kalah TKO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengasas Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (Semboyan) ‘tumbang’ kepada petinju Indonesia, Yunus Martin, 30, dalam acara kemuncak Warzone World Championship (WWC) di N9 Arena, Nilai di Negeri Sembilan malam tadi.

Yusuf Azmi, 35, terpaksa akur dengan kekalahan apabila aksi yang dinanti ramai itu bermula garang apabila dia kelihatan beberapa kali membuat ‘serangan’ tumbukan kuat seawal pusingan pertama, mendapat sorakan padu daripada penonton.

Ketika memasuki pusingan ketiga, keletihan jelas menjejaskan rentak Yusuf.

Yunus pula semakin agresif, melancarkan asakan bertubi-tubi sehingga sehingga memaksa pasukan Yusuf mengambil keputusan drastik dengan melemparkan tuala putih bagi pengadil menamatkan pertarungan dengan baki 22 saat.

Yunus kemudiannya diumumkan menang menerusi technical knockout (TKO), sekali gus mencatat kemenangan sulungnya di Malaysia.

Bagaimanapun, tular video yang memaparkan detik-detik kritikal semasa perlawanan apabila Yusuf kelihatan kehilangan keseimbangan, terhuyung-hayang, dan bergelut untuk mengekalkan posisi di atas gelanggang, menarik perhatian ramai penonton serta netizen.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen terhadap video tersebut.

“Round ke 3 pucat dah muka. Mata pun dah lali, kepala pun dah pening,” ujar @Fantastic.

“Macam boxing cerita P Ramlee dah,” komen @BayMax11.

“Semangat kuat, stamina tak cukup, faktor dah berumur,” kata @Ubah Suai Rumah.-KOSMO! ONLINE

@himpunanceritalawak.com♬ original sound – Himpunan Cerita Lawak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN