fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran oleh @Anazazrulan di laman X yang menunjukkan seorang pemandu lori terlanggar seorang pemandu motosikal sehingga menyebabkan kematian.

[VIDEO] Pemandu lori salah beri signal, rider maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori yang tiba-tiba membelok ke kiri dalam kejadian tular di media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @Annazrulan, kejadian dipercayai berlaku di satu simpang apabila lori berkenaan dilihat memberi signal ke kanan tetapi memasuki lorong kiri.

Dalam masa sama, penunggang motosikal yang sedang memecut lurus tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian sisi lori tersebut.

Pemandu lori terbabit dilihat segera memberhentikan kenderaannya dan bergegas keluar untuk memeriksa keadaan mangsa.

Dalam hantaran susulan, mangsa dilihat terbaring kaku di tepi jalan sebelum mayatnya dimasukkan ke dalam beg mayat oleh anggota polis, dibantu orang awam.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen terhadap hantaran tersebut.

“Aku sebagai rider nak nasihat juga pada rider lain, berhati-hati dan lebih defensif bila bawa motor. Kita tak tahu bila akan jumpa orang bodoh,” kata @LokiThoughts.

“Nak pesan penunggang motor, bila kenderaan lagi besar daripada kau dah mula perlahan, kau pun kena ikut perlahan,” ujar @Sauffie.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI