fbpx
Tangkap layar video sekumpulan remaja dikatakan menceroboh kawasan sekolah serta membuat bising di tempat tersebut hampir setiap malam di Taman Desa, Kuala Lumpur.

[VIDEO] ‘Ceroboh kawasan sekolah, buat bising tiap malam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sekumpulan remaja didakwa menceroboh satu kawasan sekolah yang terbengkalai di Taman Desa, Kuala Lumpur, seterusnya membuat bising di tempat tersebut hampir setiap malam.

Perbuatan kumpulan remaja itu dikongsikan seorang pengguna Thread Arajelahhhh yang memuat naik video mereka dipercayai berada di kawasan sekolah itu dan dia memohon tindakan segera diambil bagi mengelakkan kawasan itu diceroboh lagi.

“Nak buat aduanlah hari ni. Kat Taman Desa ni, ada sekolah terbengkalai yang dah agak lama. Jadi setiap malam ada sekumpulan budak lelaki menjerit-jerit dalam sekolah tu.

“Tak tahu kacau siapa, tapi bising lah. Dah nak jadi hutan pun sekolah ni. Saya terterakan gambar lah ya. Nak mengadu tapi siapa lah saya ni. Tu yang bising jerit-jerit, lampu bersuluh tu sekumpulan remaja itu.

“Jadi apa pendapat korang eh? Hubungi polis? Hubungi bomba? Hubungi siapa? Ada dua permasalahan di sini, sekumpulan remaja dan sekolah terbengkalai yang akan menjadi hutan,” katanya.

Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas selain mereka mencadangkan aduan perlu dibuat terhadap pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

“Dik buat laporan polis. Hat ni dikira depa dah ceroboh kawasan milik kerajaan atau Kementerian Pendidikan. Tanah dan bangunan tu kiranya masih milik KPM sebab kalau nak roboh bangunan tu nanti, mesti lah kena minta persetujuan daripada KPM,” komen Wanny Azizan.

“Buat laporan polis, lepas tu kalau ada lagi, boleh terus telefon polis. Nama sekolah ni ialah SK Danau Perdana. Saya rasa sebelum ni warga asing buat tempat tinggal. Bangunan ni tutup sebab masalah struktur. Agak berbahaya remaja tu bermain kat situ. Kalau bangunan runtuh, risiko sendiri,” kata Hayaaty.

“Buat laporan polis dulu, lepas itu hantar salinan ke KPM melalui aduan di laman web serta Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok,” kata Livinglaridaloca. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN