BANGKOK – Serangan udara Thailand pagi tadi mengenai sebuah kompleks kasino di Kemboja yang menurut pihak berkuasa Thai, menempatkan operasi dron, lapor Perbadanan Penyiaran Britain(BBC).
Pihak berkuasa Thai berkata, serangan udara mereka hari ini hanya menyasarkan kemudahan ketenteraan Kemboja.
Ketika ditanya wartawan BBC mengenai kasino itu pada sidang media sebelum ini, jurucakap tentera Thailand, Winthai Suvaree berkata, fasiliti itu dijadikan ‘pusat arahan untuk dron’.
Tidak jelas sama ada terdapat orang di dalam bangunan itu semasa serangan dilancarkan.
Pihak berkuasa Kemboja juga belum mengulas mengenai serangan khusus tersebut.
Terdapat kompleks kasino yang luas di sepanjang sempadan Thailand-Kemboja dengan kebanyakannya menjad lubuk operasi penipuan (scam), di mana beribu-ribu pekerja yang diperdagangkan dipaksa untuk menipu orang lain secara dalam talian. – AGENSI














