fbpx
PENDUDUK setempat berpindah susulan pertempuran di sempadan Kemboja-Thailand di wilayah Preah Vihear hari ini. – AFP

Pertempuran kembali sengit, Thai pindah 35,000 penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Thailand melancarkan serangan udara ke atas jirannya Kemboja hari ini, dengan kedua-dua belah  pihak saling menuding jari berhubung pertempuran  terbaru di sempadan yang membunuh empat orang awam Kemboja dan seorang askar Thailand.

Kira-kira 35,000 orang di Thailand telah dipindahkan dari kawasan sempadan, kata Markas  Tentera Kedua Thai dalam satu kenyataan.

Pertempuran sengit antara Thailand dan Kemboja pada musim panas tahun ini menyebabkan 43 orang terkorban dan kira-kira 300,000 penduduk hilang tempat tinggal di kedua-dua belah sempadan sebelum gencatan senjata berkuat kuasa.

Bagaimanapun, Thailand menangguhkan perjanjian susulan yang disokong oleh Presiden Donald Trump untuk mengurangkan permusuhan, dengan memberi alasan letupan periuk api di sempadan telah mencederakan beberapa askarnya.

Sejak itu, pegawai Kemboja dan Thailand melaporkan pertempuran sporadis di sepanjang kawasan sempadan kedua-dua negara yang tercetus semula semalam dan hari ini.

Menteri Penerangan Kemboja,  Neth Pheaktra memberitahu AFP bahawa sekurang-kurangnya empat orang awam Kemboja terbunuh dalam serangan Thailand hari ini, termasuk seorang wanita yang meninggal dunia apabila peluru artileri mengenai wilayah Preah Vihear.

“Tiga yang lain terbunuh akibat pengeboman di Oddar Meanchey, manakala lebih daripada 10 orang awam cedera,”  kata Neth Pheaktra.

Seorang wartawan Kemboja cedera akibat terkena serpihan roket Thailand di Oddar Meanchey, tambahnya.

Pertempuran baharu itu memaksa beribu-ribu orang awam di kedua-dua negara melarikan diri.

“Ketua kampung memberitahu kami supaya berpindah dan memandangkan pertempuran sengit pada Julai lalu,  saya segera mematuhinya,” kata petani Pannarat Woratham yang tinggal hanya beberapa kilometer dari sempadan di wilayah Surin, Thailand.

Sementara itu di Kemboja, Neth Pheaktra memberitahu pemberita bahawa sekurang-kurangnya 1,157 keluarga telah berpindah ke tempat selamat di Oddar Meanchey. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN