fbpx
GAMBAR HIASAN

Pam bergerak digunakan atasi banjir termenung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Kerajaan negeri sedang melaksanakan penggunaan pam bergerak bagi mengatasi masalah banjir termenung yang berlaku di beberapa lokasi di negeri ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, langkah itu disifatkan efektif untuk mempercepatkan aliran air banjir termenung keluar dari kediaman mangsa

“Semalam saya lihat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Baharu, Azman Noh menunjukkan bagaimana Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menyedut air dari kawasan banjir keluar.

“(Bagaimanapun), keberkesanan kaedah itu bergantung kepada keadaan sungai, kalau air sungai itu tinggi, tak ada maknalah. Buat masa sekarang, nampaknya (kaedah pam) itu yang efektif, dia sedut air dari kawasan banjir keluar ke sungai dan dari sungai bawa masuk ke laut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan di Stadium Indera Mulia, di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, orang ramai diingatkan agar sentiasa peka dan mematuhi nasihat agensi berkaitan untuk berpindah sekiranya kediaman mereka dilanda banjir gelombang kedua.

“Kalau orang suruh pindah, pindah. Walaupun adakalanya pada sebelah pagi air masuk sampai buku lali dan mereka kata tidak apa kerana mungkin akan surut, rupa-rupanya air terus naik sampai ke paras lutut kemudian dada dan leher baru nak pindah. Itu dah terlambat.

“Sebab itu kita nasihatkan orang ramai, dengar saja nasihat pegawai daerah atau pun agensi di peringkat daerah yang nasihatkan berpindah, kita pindahlah,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, penubuhan Pusat Kawalan Operasi Bencana atau State Disaster Control Centre (SDCC) membantu kerajaan negeri menangani bencana gelombang pertama dengan menggerakkan aset di kawasan yang terjejas banjir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN