fbpx
Anwar ketika mempengerusikan Mesyuarat JKKTN Siri 8 di Putrajaya hari ini.

Ombudsman Malaysia ditubuh pantau salah laku pentadbiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju menubuhkan Ombudsman Malaysia, sebuah agensi pusat baharu bagi memantau, mengurus dan menyelesaikan aduan awam termasuk salah tadbir, salah laku, perlindungan pemberi maklumat serta isu kebebasan maklumat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) Siri 8 yang beliau pengerusikan pagi tadi.

“Penubuhan Ombudsman Malaysia menegaskan komitmen Kerajaan Madani untuk memperkukuh hak rakyat serta memelihara integriti sektor awam,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Anwar, Rang Undang-Undang Ombudsman Malaysia dijadual dibentangkan pada awal 2026 bagi memperkukuh rangka kerja tatakelola negara.

Kerajaan turut memberi tumpuan kepada peningkatan pematuhan korporat dalam syarikat yang mengurus dana awam, termasuk Perusahaan yang Dimiliki atau Dikawal Kerajaan (SOE) dan anak syarikat badan berkanun.

Langkah itu termasuk cadangan undang-undang baharu bagi memastikan mandat sosial syarikat-syarikat berkenaan dipatuhi mengikut standard tadbir urus terbaik dan kerangka undang-undang lebih tersusun.

“Segala persetujuan ini mencerminkan iltizam teguh Kerajaan Madani untuk memacu reformasi institusi, dasar dan perundangan secara holistik demi mengukuhkan keyakinan rakyat serta pelabur terhadap ketelusan pentadbiran negara dan mutu perkhidmatan awam,” katanya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN