Saudara Pengarang, Sebagaimana yang kita sedia maklum, baru-baru ini beberapa tempat di sembilan negeri dilanda banjir ekoran musim Monsun Timur Laut (MTL) melanda negara bermula 13 November lalu hingga Mac tahun depan. Kampung Labu Lanjut, Sepang, Selangor turut terjejas selepas beberapa taman perumahan yang terletak di kawasan rendah terutamanya berdekatan sungai dinaiki air. Banjir kali ini adalah yang terburuk selepas empat tahun saya tinggal di salah satu taman perumahan di kawasan berkenaan dengan air naik mendadak pada paras pinggang selepas…














