fbpx
Penduduk terpaksa memasak nasi menggunakan air banjir. - TikTok

Masak nasi pakai air banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan penduduk sebuah kampung di wilayah Aceh memasak nasi menggunakan air banijr ketika mereka tidak mempunyai bekalan air bersih, lapor laman berita iNews kelmarin.

Video dimuat naik di platform TikTok itu menunjukkan keadaan mangsa banjir yang terpaksa meneruskan hidup menggunakan sumber terhad ketika bantuan tidak sampai kepada mereka.

Mereka juga tidak mempunyai pilihan lain kerana bekalan air bersih masih belum pulih, menyebabkan penduduk terpaksa memasak nasi menggunakan air banjir yang keruh.

“Makan dengan beras basah, dimasak pula dengan air banjir tanpa bekalan air bersih,” kata hantaran tersebut.

Bukan sekadar tidak mempunyai bekalan air bersih, penduduk kawasan itu juga dikatakan terpaksa membina rakit sendiri menggunakan kayu untuk menyelamatkan penduduk lain yang masih terperangkap dalam banjir. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI