fbpx
Suspek kes mengugut jiran dengan pistol direman tujuh hari di Mahkamah Majistret Sungai Petani hari ini.

Lelaki ugut jiran dengan pistol direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki yang disyaki mengugut jirannya dengan pistol dalam pertengkaran di kawasan perumahan di Bandar Laguna Merbok di sini semalam direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan ke atas suspek berusia lingkungan 30-an oleh Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, siasatan ke atas suspek dilakukan di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Katanya, ujian urin didapati suspek positif dadah jenis ketamin.

Kosmo! Online semalam melaporkan seorang lelaki ditahan kerana disyaki mengugut jirannya, seorang wanita warga emas berusia 72 tahun dengan sepucuk pistol dalam pertengkaran di Bandar Laguna Merbok.

Hasil pemeriksaan ke atas rumah didiami suspek menemukan satu objek menyerupai pistol berserta peluru serta sejumlah dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN