fbpx
GAMBAR fail 1 Ogos 2022 menunjukkan Presiden Benin, Patrice Talon. – AFP 

Kudeta gagal, Benin dapat bantuan Nigeria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

COTONOU – Presiden Patrice Talon menyatakan bahawa keadaan di Benin terkawal sepenuhnya selepas kerajaan menggagalkan cubaan rampasan kuasa dengan tentera Nigeria turut memberikan sokongan.

Terdahulu semalam, sekumpulan askar mengumumkan di stesen televisyen kerajaan bahawa mereka telah menggulingkan Talon.

Lapan pegawai tentera pemberontak yang muncul di kaca televisyen itu membawa raifal tempur dan memakai beret pelbagai warna.

Mereka mengisytiharkan Leftenan Kolonel Pascal Tigri sebagai Presiden Jawatankuasa Pengasas Semula dan memetik ‘kemerosotan keadaan keselamatan yang berterusan di utara Benin’ sebagai motif rampasan kuasa.

“Pengabaian askar yang terkorban dalam pertempuran dan keluarga mereka dipinggirkan serta kenaikan pangkat secara tidak adil dengan menyisihkan calon paling layak juga menjadi motivasi (kudeta),” tambah mereka.

Situasi Itu mencetuskan tindak balas pantas daripada pasukan tentera yang setia, disertai oleh serangan udara dan penempatan tentera dari negara jiran Benin,  Nigeria.

Sumber ketenteraan dan keselamatan Benin berkata, kira-kira 12 anggota tentera telah ditangkap, termasuk dalang cubaan rampasan kuasa itu.

Perkembangan itu menyusul selepas rantau Afrika Barat mengalami siri rampasan kuasa sejak beberapa tahun kebelakangan ini termasuk di negara jiran Benin iaitu Niger serta Burkina Faso selain di Mali, Guinea dan terbaru, Guinea-Bissau.

“Saya ingin memberi jaminan bahawa keadaan terkawal sepenuhnya dan rakyat digesa meneruskan aktiviti dengan tenang bermula petang ini (semalam),” kata Talon di stesen televisyen kerajaan, Benin TV.

Talon dijadualkan menyerahkan kuasa pada April 2026 selepas 10 tahun memegang jawatan, menyaksikan pertumbuhan ekonomi kukuh tetapi juga lonjakan keganasan kumpulan penentang.

Menteri Dalam Negeri Benin, Alassane Seidou kemudian muncul di stesen televisyen kerajaan untuk mengatakan bahawa ‘Angkatan Tentera Benin mengekalkan kawalan keadaan dan menggagalkan cubaan rampasan kuasa’.

Lewat semalam, jet-jet pejuang Nigeria menyerang sasaran yang tidak didedahkan ketika tentera Benin yang setia melancarkan operasi anti rampasan kuasa, kata sumber pejabat presiden Nigeria kepada AFP.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN