fbpx
Anwar ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Kementerian Kerja Raya di sini, hari ini. Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI/KOSMO!

Keyakinan kembali pulih, kerajaan kini lebih stabil – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, menegaskan keyakinan terhadap pentadbiran negara semakin pulih apabila kerajaan kini memasuki tahun ketiga pemerintahan dalam keadaan politik yang jauh lebih stabil berbanding era sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beberapa tahun sebelum 2022 memperlihatkan landskap politik negara tidak menentu sehingga menjejaskan tumpuan terhadap agenda pembangunan.

“Sekarang tiga tahun, kerajaan dan politik negara stabil, alhamdulillah. Walaupun biasalah ada (sesetengah) ahli politik yang mengusik, jangan runsing bab itu, saya pun tidak runsingkan sangat. Hari-hari cakap ‘Anwar turun’, sekejap lagi saya turun (pentas).

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Kementerian Kerja Raya di sini, hari ini.

Anwar berkata, kestabilan pentadbiran membolehkan kerajaan mengekalkan momentum pertumbuhan negara.

“Alhamdulilah kita (kerajaan) dapat mencatat tentang pertumbuhan (ekonomi) 3.2 peratus, pengangguran tiga peratus, kemiskinan tegar 0.09 peratus (dan) pelaburan tertinggi di dalam sejarah. Semuanya okay, semua ikuti (pelan),” ujarnya.

Anwar berkata, selepas kestabilan berjaya dicapai, fokus kerajaan kini adalah untuk melaksanakan program yang lebih tersusun serta memberi impak terus kepada rakyat.

“Setelah setahun (menjadi kerajaan) mungkin sukar tetapi tiga tahun, orang boleh membuat ukuran,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN