fbpx
MANGSA berusia 43 tahun tersepit di tempat duduk kelindan selepas merempuh belakang sebuah lori di KM 221.7 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah selatan) awal pagi tadi.

Kelindan maut tersepit nahas dua lori di Alor Gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR GAJAH – Seorang kelindan maut selepas tersepit dalam kemalangan membabitkan dua buah lori di Kilometer 221.7 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 3.42 pagi itu, mangsa berusia 43 tahun dikeluarkan oleh anggota bomba sebelum disahkan meninggal dunia akibat cedera parah di kepala.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Melaka, Penguasa Bomba Tc. Zulkhairani Ramli berkata, pusat gerakan operasi menerima panggilan melalui talian MERS 999 pada pukul 3.42 pagi.

Sembilan anggota diketuai Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah, Pegawai Bomba Kanan I Nazri Mat Rais dan sebuah jentera serta van Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi.
“Pasukan bomba tiba pada pukul 4.03 pagi dan mendapati nahas membabitkan dua buah lori dengan keadaan salah kenderaan itu dilanggar dari arah belakang.

“Seorang lelaki tersepit di tempat kelindan dan operasi mengeluarkan mangsa dilakukan,”katanya kepada pemberita, hari ini.

Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI