fbpx
ELINOISA menunjukkan laporan polis di rumahnya di Taman Setia Indah, Johor Bahru hari ini.

Ibu kesal anak autistik dihalang ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang ibu tunggal meluahkan rasa kecewa apabila anak perempuannya yang juga murid autistik didakwa dihalang ke sekolah tanpa alasan munasabah sejak lebih dua minggu lalu.

Elinoisna Abu, 47, mendakwa anaknya, Solehah Azzahra Nazri, 12, yang merupakan murid cemerlang di sebuah sekolah rendah kerajaan di Jalan Yahya Awal, di sini diarah bercuti oleh pihak sekolah.

Katanya, Solehah Azzahra pernah menerima Anugerah Olahragawati, Atlit Terbaik Sekolah 2025 dalam acara lumba lari dan lompat jauh selain mewakili sekolah ke peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) dua tahun berturut-turut.

“Arahan itu dikeluarkan sehari selepas kejadian tantrum Solehah Azzahra pada 20 November lalu. Saya dimaklumkan anak dikatakan mencederakan seorang murid perempuan berusia 11 tahun, namun tiada bukti atau gambar kecederaan.

“Saya hanya diberitahu pakaian murid itu koyak,” katanya ketika ditemui pemberita di Taman Setia Indah, di sini.

Katanya, kejadian berlaku akibat tekanan emosi selepas seorang guru memarahi Solehah dalam sesi latihan tarian konvokesyen menyebabkan anaknya menangis dan lari ke kelas junior Tahun 5.

“Sepanjang tempoh itu rakan-rakannya menenangkan Solehah. Mereka memegang tangan anak saya ketika dia cuba membaling gunting, namun tiada sesiapa yang cedera,” jelasnya.

Bagaimanapun, katanya, pihak sekolah mengarahkan anaknya bercuti bermula 21 November tanpa memberikan surat rasmi walaupun beliau beberapa kali hadir dan meminta penjelasan. Pertemuan antara guru, ibu bapa Tahun 5 dan dirinya pada 1 Disember lalu bertukar tegang apabila ada ibu bapa mendakwa Solehah membahayakan murid lain.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Aznan Tamin berkata, pihaknya akan menyemak perkara tersebut dengan Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk mendapatkan maklumat lanjut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN