fbpx
Tangkap layar hantaran oleh pengguna Facebook, Mohd Arfian Ahmad berkongsi gambar hasil menggabungkan wajah ibu bapa Almarhumah Nurin Jazlin Jazimin.

Gambar keluarga Nurin Jazlin selepas 17 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang lelaki berkongsi gambar keluarga Allahyarhamah Nurin Jazlin Jazimin bersama ibu bapanya mencuri perhatian ramai di media sosial.

Menerusi hantaran di laman Facebook, pengguna bernama Mohd Arfian Ahmad berkongsi gambar hasil menggabungkan wajah ibu bapa Nurin Jazlin bersamanya dalam satu gambar.

“Saya cuba satukan mereka, adakah ketepatan raut wajah mereka sama? Sebelum ini saya ada edit cuma gambar ayah dan anaknya sahaja. Kali ini saya cuba gabungkan bersama dengan ibunya,” katanya.

Sebelum ini, bapa kepada Allahyarhamah Nurin Jazlin, Jazimin Abdul Jalil turut meminta agar seseorang dapat menggabungkan gambar bersama anaknya di laman Facebook.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan tragedi kehilangan dan pembunuhan kejam kanak-kanak 8 tahun, Nurin Jazlin Jazimin, pada 2007 terus menghantui ingatan rakyat Malaysia meskipun sudah 17 tahun berlalu.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya tersentuh hati dan memuji hasil suntingan tersebut.

“Cantik hasil gambarnya, tapi sedih bila mengenangkan apa yang terjadi kepada Almarhumah adik Nurin,” komen @NorAzatulMdDi.

“Macam mana rupa adik Nurin pada umur 26 tahun agaknya. Al-fatihah adik Nurin,” komen @JulainaIsmailKhan.

“Terubat rindu mak ayah adik Nurin kepadanya. Kes yang terlalu menyentuh hati,” komen @WanaAzuana. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN