fbpx
Gambar hiasan.

Dua pelajar OKU dakwa jadi mangsa amang seksual di asrama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARANG – Dua pelajar orang kurang upaya (OKU) mendakwa menjadi mangsa amang seksual dalam dua kejadian berasingan di sebuah asrama di daerah ini pada bilan lalu.

Warden asrama tersebut telah membuat laporan berhubung dua kes tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang di sini pada semalam.

Ketua Polis Daerah Marang, Superintenden Sofian Redzuan berkata, kes pertama melibatkan seorang pelajar OKU ketidakupayaan pembelajaran berusia 17 tahun yang menjadi mangsa suspek berusia 16 tahun pada 2 petang, 17 September lalu.

Beliau berkata, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 14(a) dan Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017

“Kes kedua pula membabitkan mangsa OKU Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) berusia 13 tahun yang mendakwa dicabul suspek berusia 16 tahun pada pukul 6 petang, 20 November lalu. Kes disiasat mengikut Seksyen 14(b) dan Seksyen 14(d) akta sama,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN