KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, menyuarakan kebimbangan terhadap perubahan sikap dalam masyarakat yang dilihat semakin longgar terhadap penolakan rasuah, malah ada kecenderungan mengagungkan individu yang memberi rasuah.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, trend menjulang pemberi rasuah itu amat merisaukan kerana ia tidak membawa sebarang kemajuan kepada individu mahupun negara.
“Dalam usaha memerangi rasuah sekarang, nilai itu terhakis. Kita kata kita benci rasuah, apabila ambil tindakan dan kalau kena pada kawan, kita marah.
“Bukan setakat itu, kita sekarang ada pula trend untuk mendewa dan mengagungkan pemberi rasuah. Saya fikir (ia) sangat menggusarkan,” katanya ketika menyampaikan ucapan di sini, hari ini,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Kementerian Kerja Raya di sini, hari ini.
Turut hadir ialah Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar. – KOSMO! ONLINE














