BANGKOK – Seorang askar Thai terbunuh dan beberapa yang lain cedera dalam pertempuran sempadan baharu dengan Kemboja, kata Bangkok hari ini.
Kedua-dua belah pihak saling menuding jari pihak satu lagi yang mencetuskan konfrontasi di sempadan Thai-Kemboja.
“Kami menerima laporan bahawa askar Thai diserang dengan senjata api, mengakibatkan seorang askar terbunuh dan empat cedera”, kata jurucakap tentera Thailand, Winthai Suvaree dalam satu kenyataan.
Menurutnya, tentera Kemboja melepaskan tembakan ke arah askar Thai pagi ini.
Jurucakap kementerian pertahanan Kemboja, Maly Socheata sebaliknya berkata, tentera Thai melancarkan serangan ke atas tentera Kemboja di wilayah sempadan, Preah Vihear dan Oddar Meanchey pagi ini sambil menambah, Kemboja tidak melakukan serangan balas. – AFP














