fbpx
XISCO (kanan) bersama Lowry pada sidang akhbar menjelang perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit Zon Timur (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

ACLE: JDT mahu pastikan Shanghai Port FC merana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISKANDAR PUTERI – Pasukan Johor Darul Takzim (JDT) sudah bersedia untuk memastikan pasukan pelawat dari China, Shanghai Port FC ‘merana’ apabila datang bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di sini bagi aksi pada Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), malam esok.

Pengendali Harimau Selatan, Xisco Munoz turut yakin anak buahnya dapat memastikan tiga mata penuh untuk kem JDT sekaligus sebagai perlawanan penentu masa depan mereka dalam kempen Asia musim ini.

Jelasnya, bermain di laman sendiri memberi kelebihan besar kepada tuan rumah yang akan turun dengan kekuatan penuh selepas melakukan beberapa rombakan taktikal minggu lalu.

“Kami perlu masuk dengan karakter, intensiti dan tenaga maksimum. Hubungan dengan penyokong adalah kunci.

Esok tiada ruang untuk kesilapan, kita mahu kita dapat memastikan pasukan Shanghai Port tewas,”katanya dalam sidang akhbar menjelang perlawanan itu di SSI di sini hari ini.

Dalam pada itu, Xisco mengakui, kehilangan tonggak utama, Arif Aiman memberi tamparan buat JDT untuk menembusi kubu pertahanan wakil tembok besar China itu.

“Kami sedih bila kehilangan pemain berkualiti. Tapi esok kami turun untuk tiga mata. Itu cara terbaik untuk menggembirakan dia,” katanya.

Sementara itu, pemain pertahanan JDT, Shane Lawry menegaskan fokus pemain sudah mencapai tahap maksimum kerana tiga mata mampu mengubah kedudukan kumpulan secara drastik.

“Kami ada rekod baik ketika kita bermain di rumah rumah sendiri. Peminat beri perbezaan besar. Siapa pun yang turun esok, semua sudah bersedia untuk berkorban,”ujarnya.

Namun Shane mengingatkan rakan sepasukan agar tidak sesekali memandang rendah Shanghai Port yang memiliki kualiti serangan pantas dan transisi mengejut, selain corak tekanan tinggi yang boleh menghukum jika diberi ruang.

“Kami pernah lawan mereka. Mereka kuat, agresif dan sangat cepat membuat keputusan. Tapi kami juga ada kualiti tersendiri,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN