fbpx
Muhammad Faiz (tengah) menyampaikan replika enjin bot menerusi SBBAKN kepada seorang nelayan pada Program Madani Anak Nelayan Kembali Ke Sekolah di Bachok semalam. Foto oleh TOREK SULONG/KOSMO!

628 nelayan terjejas bencana terima bantuan LKIM RM1.8 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BACHOK – Seramai 628 nelayan di seluruh negara menerima bantuan sebanyak RM1.8 juta menerusi Skim Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan (SBBAKN) yang disalurkan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sepanjang tahun ini.

Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil berkata, bantuan itu melibatkan kerja-kerja membaiki rumah selain bot yang rosak akibat bencana alam termasuk banjir dan ribut dengan tumpuan kepada nelayan di negeri-negeri Pantai Timur yang terjejas teruk musim tengkujuh.

“Pada tahun ini, peruntukan keseluruhan mencecah RM2 juta dan sebahagian besar telah diagihkan kepada nelayan yang terkesan banjir baru-baru ini.

“Setiap nelayan layak menerima bantuan sehingga RM10,000 bergantung kepada tahap kerosakan. Jika kerosakan lebih serius, LKIM mengemukakan permohonan bantuan tambahan melalui skim kerajaan yang lain,” katanya kepada pemberita selepas Program Madani Anak Nelayan Kembali Ke Sekolah di sini semalam.

Dalam perkembangan lain, Muhammad Faiz menegaskan, bekalan ikan sepanjang musim Monsun Timur Laut mencukupi apabila terdapat bekalan 300 metrik tan stok simpanan LKIM dan 1,600 metrik tan stok daripada syarikat swasta.

“Bagaimanapun, kita sarankan rakyat mempelbagaikan sumber protein sepanjang musim tengkujuh supaya tidak bergantung sepenuhnya kepada hasil laut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI