fbpx
Pegawai polis bercakap dengan antara mangsa yang membuat laporan. - ANTARA

230 pasangan rugi RM4 juta jadi mangsa perancang perkahwinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seramai 87 individu membuat laporan polis ke atas pemilik sebuah syarikat perancang perkahwinan kerana didakwa menipu dan menggelapkan wang mereka, lapor laman berita Metro TV hari ini.

Polis Metro Jaya berkata, mangsa yang didakwa ditipu syarikat Ayu Puspita, datang dari pelbagai lokasi.

“Mangsanya ramai. Ada yang datang dari Cileungsi, Bogor, Cimanggis dan Bekasi,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Cipayung, Inspektor Pertama Edy Handoko.

Katanya, berpuluh-puluh mangsa menyerbu premis Ayu Puspita petang semalam sebelum membawa pemiliknya ke balai polis.

Tambah Edy, mereka tidak menerima perkhidmatan yang dijanjikan pada hari perkahwinan meskipun bayaran telah dilakukan.

Laman berita Tribunnews melaporkan, ia termasuk tiada makanan disediakan pada majlis perkahwinan,  menyebabkan ada antara pasangan yang terpaksa menangguhkan majlis mereka.

Ketika ini, kira-kira 230 pasangan menjadi mangsa penipuan itu melibatkan kerugian berjumlah 16 bilion rupiah (RM4 juta). – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI