fbpx
Halim (kanan) dan Rafidah menyampaikan anugerah kepada salah seorang graduan cemerlang pada Majlis Konvokesyen di Universiti Meritus di Kuala Lumpur semalam.

Universiti Meritus rai 157 graduan dalam konvokesyen sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Universiti Meritus melakar sejarah apabila buat julung-julung kalinya meraikan 157 graduan dalam pelbagai bidang dalam industri udara dan lautan pada majlis konvokesyen sulungnya di Jalan Chan Sow Lin di sini semalam.

Pengasas merangkap Pengerusi Lembaga Pengelolanya, Tan Sri Dr. Halim Mohammad berkata, majlis itu meraikan 22 graduan ijazah, master (1), diploma (38) dan kadet juruterbang (96).

Katanya, ijazah meliputi Sarjana Muda Sains (Kepujian) Perniagaan Maritim dan Sains (Kepujian) Kewangan (Strategi Pelaburan) manakala diploma pula melibatkan jurusan Penerbangan (Latihan Juruterbang) serta Pengurusan Hotel.

“96 Kadet Juruterbang HM Aerospace menerima Lesen Juruterbang Komersial dengan Instrument Rating dan Frozen ATPL manakala master melibatkan Sarjana Pentadbiran Perniagaan.

“Majlis ini menyerlahkan persekitaran pembelajaran bertaraf tinggi kami selain menjadi bukti komitmen universiti terhadap kecemerlangan, inovasi dan pendidikan yang sejajar dengan industri, di mana pengajian maritim dan latihan penerbangan wujud dalam satu ekosistem sinergi.

“Ia mencerminkan peranan strategik Malaysia sebagai penghubung penting antara laluan laut dan udara antarabangsa, sekali gus mempersiapkan graduan untuk menerajui sektor perdagangan maritim, penerbangan, logistik dan ekosistem keterhubungan global yang semakin berkembang,” katanya.

Menurut Halim, mereka bukan sekadar menyediakan pelajar untuk mencari rezeki; kami melatih mereka untuk membina kehidupan kehidupan yang berkhidmat kepada negara dengan tujuan, integriti dan impak yang berkekalan.

Tambahnya, sektor maritim dan penerbangan Malaysia kekal sebagai tonggak perkembangan negara, menyokong lebih 360,000 pekerjaan meliputi operasi pelabuhan, perkapalan, logistik, syarikat penerbangan dan perkhidmatan lapangan terbang. 

“Kecemerlangan universiti ini di bawah kepimpinan Canselornya, Tan Sri Rafidah Aziz terus melahirkan graduan yang menonjol melalui kecemerlangan, kepimpinan dan jati diri nasional yang kukuh,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN