fbpx
Antara barangan yang dirampas dalam kegiatan perlombongan Bitcoin di Jalan Ayer Putih, semalam.

Premis lombong bitcoin guna elektrik haram dibongkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALIK PULAU – Polis menumpaskan kegiatan mencuri arus elektrik bagi operasi mesin perlombongan Bitcoin selepas melakukan serbuan bersama pasukan Seal Team Tenaga Nasional Berhad (TNB) di beberapa premis sekitar Jalan Ayer Putih, semalam.

Serbuan kira-kira pukul 10.01 malam itu menemui premis yang telah diubah suai bagi menempatkan puluhan mesin cryptomining yang disambungkan secara haram ke sumber bekalan elektrik.

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Anuwal Ab Wahab, siasatan awal pihak TNB mengesahkan wujudnya aktiviti mencuri arus di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 dengan anggaran kerugian mencecah RM22,744 akibat penggunaan tanpa meter.

”Pemeriksaan mendapati premis terbabit dilengkapi mesin perlombongan Bitcoin yang beroperasi melalui sambungan elektrik tidak sah.

”Hasil serbuan polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 60 tahun dan merampas 30 mesin perlombongan Bitcoin, satu kotak serta satu beg berisi pelbagai jenis wayar dan sebuah modem TP-Link,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, kes kini disiasat di bawah Seksyen 37(1) Akta Bekalan Elektrik 1990 serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat yang menyebabkan kerugian.

”Polis sedang melengkapkan siasatan bagi mengesan individu lain yang dipercayai turut terlibat mengurus dan menyelenggara operasi perlombongan haram tersebut,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI