LONDON – Sebuah kereta Porsche terbakar di tengah lebuh raya di Britain, menyebabkan pengguna mengalami kelewatan selama beberapa jam, lapor akhbar Metro UK.
Kebakaran berlaku sekitar pukul 1.45 tengah hari (waktu tempatan) di lebuh raya M25, antara persimpangan 25 dan persimpangan 27 semalam.
Beberapa lorong ditutup selama lebih dua jam sebelum dibuka semula kira-kira pukul 4.38 petang (waktu tempatan), manakala punca kebakaran masih disiasat.
Imej dikongsi oleh Lebuhraya England di media sosial menunjukkan beberapa anggota bomba cuba memadamkan kebakaran dengan asap tebal menyelubungi ruang udara.
Pemandu dilencongkan ke A10 menuju ke London dan dinasihatkan untuk mengambil simpang pertama ke A406 ‘North Circular Road’ ke M11, Walthamstow dan Edmonton.
“Semua lorong dibuka semula menjelang pukul 4.38 petang (waktu tempatan). Gangguan dilaporkan bermula sekitar 12.20 tengah hari, manakala lalu lintas kembali normal selepas pukul 1 petang,” tulis National Highways East di platform X.- AGENSI














