fbpx
Pokok asoka dan pohon buluh yang menghiasi Jalan Sungai Korok, Jitra.

Pohon buluh, asoka pula hiasi Jalan Sungai Korok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JITRA – Setelah penghadang jalan keselamatan dan lampu solar, Jalan Sungai Korok di sini kini turut dihiasi pohon buluh dan pokok asoka sebagai alternatif lain mengurangkan risiko kemalangan jiwa di lokasi yang meragut nyawa enam beranak, Julai lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air dan Sumber Air serta Alam Sekitar negeri, Datuk Mohamad Yusoff Zakaria berkata, setakat ini Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) menanam sebanyak 80 pohon buluh dan 100 pokok asoka di laluan tersebut bermula 23 November lepas.

“Proses penanaman siap sepenuhnya dengan jarak lebih kurang 330 meter di tepi sungai yang tidak jauh dari lokasi kemalangan jiwa tersebut. Ini adalah peringkat permulaan.
“Kerajaan negeri akan melihat keperluan dan peruntukan untuk menambah penanaman pokok tersebut kelak. Penanaman dilakukan di lokasi yang sering berlaku kemalangan termasuk insiden enam beranak dahulu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor sebelum ini mencadangkan agar penanaman pokok buluh dijadikan alternatif bagi mengurangkan risiko kemalangan jiwa di kawasan tersebut selain penghadang jalan dan lampu solar.

Ia susulan tragedi enam beranak yang ditemukan lemas dalam kereta pada 7 Julai di Sungai Korok tersebut setelah dilaporkan hilang sehari sebelum itu.

Mohamad Yusoff menambah, kerajaan negeri mengambil alternatif tersebut yang dilihat mesra alam selain tidak melibatkan kos yang tinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN