fbpx
MBAPPE akan terus menjadi sandaran Perancis untuk merobek gawang Norway dan melangkah jauh pada kempen Piala Dunia 2026 nanti. - AFP

Piala Dunia: Aksi ‘buku bertemu ruas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Jurulatih Perancis, Didier Deschamps mengakui tidak sabar untuk menyaksikan pertarungan paling dinantikan peminat melibatkan dua penyerang terbaik dunia, Kylian Mbappe dan Erling Haaland pada kempen Piala Dunia 2026, Jun depan.

Mbappe yang merupakan kapten Les Bleus telah diundi bersama Haaland yang menjadi ayam tambatan Norway dalam Kumpulan I bersama Senegal dan satu lagi pasukan bakal diisi pemenang playoff antara Iraq, Bolivia atau Suriname pada Mac depan.

Menurut Deschamps, pertembungan dua pemain berprofil tinggi ini sudah pasti bakal menjadi tumpuan utama pada kejohanan bola sepak paling berprestij dunia yang akan berlangsung di Amerika Syarikat (AS), Mexico dan Kanada nanti.

“Saya rasa ini akan jadi perlawanan yang sengit kerana pasukan Norway memiliki ramai pemain berkualiti. Namun, orang mahu saksikan pertembungan Mbappe dan Haaland di peringkat tertinggi kerana mereka adalah calon pemenang kasut emas,” katanya selepas tamat undian semalam.

Sebagai rekod, Mbappe ketika ini mempamerkan prestasi luar biasa apabila meledak 30 gol dalam 24 perlawanan bersama Real Madrid dan Perancis, manakala Haaland pula mengumpul 33 gol dalam 24 aksi bersama Manchester City dan Norway.

Sementara itu, Deschamps yang sudah mengendalikan Perancis hampir 14 tahun mengakui terdesak untuk membantu pasukannya menjulang trofi Piala Dunia itu sekali lagi selepas tewas pada aksi final edisi 2022 di Qatar.

“Setiap edisi Piala Dunia ada ceritanya sendiri. Kami mahu memastikan kejohanan kali ini dapat memihak kepada pasukan

“Kita membawa nama Perancis yang mana peminat meletakkan jangkaan tinggi tetapi dalam masa yang sama kita perlu menghormati pasukan lawan dan kekal rendah diri

“Jadi, lebih baik kita fokus satu perlawanan ke satu perlawanan sebelum fikirkan untuk mara lebih jauh,” katanya yang membantu Perancis menang edisi 2018 di Russia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN