fbpx
Gambar menunjukkan pesawat terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Guarulhos Sao Paulo baru-baru ini. - Getty Images

Penumpang panik, pesawat terbakar sebelum berlepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BRASILIA – Penumpang sebuah pesawat milik syarikat penerbangan LATAM Airlines berdepan detik cemas apabila kapal terbang itu terbakar sebelum berlepas di sebuah lapangan terbang di Brazil, lapor portal berita People. 

Kejadian berlaku dalam penerbangan LA3418 di Lapangan Terbang Antarabangsa Guarulhos Sao Paulo pada Khamis lalu. 

Pesawat tersebut membawa 169 penumpang dan menuju ke Porto Alegre semasa kejadian. 

Rakaman video dimuat naik di platform X menunjukkan asap tebal memenuhi udara ketika anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran. 

Penumpang yang panik dilihat berpusu-pusu mengosongkan pesawat melalui gelongsor kecemasan. 

LATAM Airlines tampil menjelaskan bahawa kebakaran berpunca daripada peralatan milik subkontraktor yang bertanggungjawab memuatkan kargo ke dalam pesawat, lapor portal berita MailOnline. 

“Kesemua penumpang berjaya dipindahkan dengan selamat. Siasatan sedang dijalankan,” kata LATAM Airlines. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN