fbpx
Gambar hiasan. - Mediacorp

Pengunjung tumbuk ‘guard’ wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Seorang pengawal keselamatan wanita di Singapura ditumbuk seorang pengunjung selepas mangsa memberitahunya bahawa pusat beli-belah akan ditutup, lapor portal berita Must Share News. 

Kejadian berlaku berlaku sekitar pukul 11.30 malam (waktu tempatan), Rabu lalu. 

Mangsa yang dikenali sebagai Delon, menghampiri seorang lelaki berusia lingkungan 30-an dan memaklumkan bahawa pusat beli-belah itu akan ditutup. 

Lelaki itu tidak memberikan sebarang jawapan. Namun, selepas Delos menegurnya sekali lagi, dia tiba-tiba bertindak agresif dan menumbuk mangsa.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian tangan selepas cuba mempertahankan dirinya dalam konfrontasi tersebut,” tulis Kesatuan Pekerja Keselamatan (USE) di platform Facebook. 

Polis telah dimaklumkan berhubung insiden itu, manakala laporan lengkap beserta rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) turut diserahkan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI