fbpx
Tangkap layar video menunjukkan lelaki-lelaki itu mencari emas di dalam lubang kecil di Bukit Dundang semalam. - TikTok

Penduduk berebut gali emas di bukit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Berpuluh-puluh penduduk di Lombok Tengah, wilayah Nusa Tenggara Barat (NTB) mengundang perhatian ramai kerana berpusu-pusu melombong emas secara haram di sebuah bukit, lapor laman berita Detik. 

Kejadian berlaku di Bukit Dundang, Kampung Kuta semalam.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @kawalsampaituntas0 menunjukkan sekumpulan lelaki mengerumuni satu lubang kecil. 

Beberapa lelaki sedang membuat penggalian di dalam lubang, manakala sebilangan lagi berbaris di luar sambil menunggu giliran mereka. 

Mereka dilihat membawa pelbagai peralatan termasuk beliung, tukul dan lampu suluh. 

Ketua Polis Lombok Tengah, AKBP Eko Yusmiarto berkata, polis telah dikerahkan ke lokasi tersebut untuk pemantauan terutamanya selepas terdapat nyawa terkorban akibat perlombongan haram itu. 

Seorang penduduk tempatan dikenali sebagai D memberitahu bahawa bukit itu terletak tidak jauh dengan Bukit Prabu, lokasi terkenal kerana mempunyai emas yang banyak. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI