fbpx
Dua daripada suspek didapati positif dadah jenis syabu, manakala seorang lagi positif syabu dan ganja.

Masuk pusat snuker, 3 beradik keluar sebagai suspek dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SELAYANG – Tiga beradik yang sedang melepak sambil melayari internet di sebuah pusat snuker di Selayang Baru, di sini terkejut apabila diarahkan menjalani ujian saringan air kencing sebelum disahkan positif dadah, malam tadi.

Tangkapan itu dibuat hasil operasi bersepadu melibatkan Jabatan Imigresen (JIM), Agensi Antidadah Kebangsaan, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Tenaga Kerja serta pihak berkuasa tempatan.

Difahamkan, dua daripada suspek didapati positif dadah jenis syabu, manakala seorang lagi positif syabu dan ganja.
Abang sulung berusia 43 tahun mendakwa, dia pernah berhenti mengambil bahan terlarang itu, namun kembali terjebak akibat pengaruh rakan.

“Saya ikut kawan dan ambil (dadah) seminggu sekali. Ada warga asing yang datang jual dan tawarkan, katanya barang ini berkualiti. Harga RM30 satu tiub,” katanya ketika ditemui selepas ditahan dalam operasi di Selayang, malam tadi.

Pekerja kedai makan itu berkata, dia hanya mengetahui dua adik lelakinya yang berusia 42 dan 36 tahun terlibat dengan dadah selepas mereka ditahan penguat kuasa beberapa tahun lalu.

“Adik perempuan saya juga pernah beritahu perkara ini. Saya ambil tanggungjawab,” katanya.

Dalam operasi bermula kira-kira jam 8 malam itu, pihak berkuasa turut mengesan seorang remaja perempuan warga Myanmar berusia 16 tahun yang dipercayai memandu sebuah kenderaan utiliti sukan jenis Honda HR-V milik majikannya dari Cheras, Kuala Lumpur tanpa sebarang dokumen sah.

Selain itu, beberapa cubaan warga asing untuk bersembunyi di dalam premis perniagaan dan kediaman turut ditemui semasa pemeriksaan dijalankan.

Malah, beberapa premis di tingkat atas deretan bangunan yang disyaki dijadikan asrama pekerja asing dalam keadaan kotor turut diserbu.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, seramai 843 individu disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) membabitkan warga Bangladesh, Indonesia, India, Myanmar dan Nepal ditahan hasil pemeriksaan terhadap 1,116 orang dalam operasi berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI