fbpx
Anggota bomba ketika memadamkan kebakaran di Kondominium Tanjung Court, Ayer Itam, malam tadi.

Lelaki nyaris rentung terperangkap dalam kondo terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Seorang lelaki nyaris rentung apabila dia terperangkap di dalam rumahnya di Kondominium Tanjung Court, Ayer Itam di sini yang terbakar dalam kejadian malam tadi.

Mangsa yang merupakan pemilik kediaman berkenaan akhirnya berjaya diselamatkan kira-kira pukul 8.39 malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, JBPM negeri, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran berlaku pada pukul 8.18 malam.
Menurutnya, operasi menyelamat dijalankan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis kelas anggaran peratusan kebakaran adalah 80 peratus. Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak menjalankan kerja-kerja pemadaman dan pengawalan kebakaran.

“Menurut laporan awal terdapat seorang mangsa yang juga pemilik kediaman berkenaan telah terperangkap dan berjaya dikeluarkan pada pukul 8. 39 malam tadi. Tiada seberang kecederaan yang berlaku terhadap mangsa,” katanya.

Jelasnya, mangsa telah diberikan rawatan awal dari pihak Sungai Ara Comunity Ambulance dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

“Kebakaran telah dapat dikawal pada pukul 8.45 malam dan berjaya dipadamkan sepenuhnya. Operasi pemadaman tamat pada pukul 11.33 malam tadi dan diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran (FIO) untuk siasatan lanjut,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI