fbpx
VINICUS (tengah) dilapor mula menyesuaikan diri dengan taktikal Alonso menyebabkan hubungan kedua-dua mereka kembali harmoni. - AFP

La Liga: Sengketa Alonso, Vinicius berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MADRID – Real Madrid berpeluang untuk terus menekan Barcelona dalam perebutan takhta La Liga menjelang perlawanan menentang Celta Vigo yang akan berlangsung di Santiago Bernabeu awal pagi esok.

Los Blancos juga dianggap berada dalam keadaan cukup baik ketika ini, terutamanya situasi tegang antara jurulatih, Xabi Alonso dan pemain sayap, Vinicius Junior dilaporkan sudah menemui titik noktah.

Sumber dalaman mengatakan, pemain Brazil itu sudah dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan diterapkan Alonso apabila mempamerkan aksi cukup baik ketika Real menewaskan Athletic Bilbao 3-0 Khamis lalu.

“Ketika bertemu Athletic, Vinicius menunjukkan prestasi cemerlang apabila melakukan tujuh percubaan, lebih banyak berbanding Kylian Mbappe. Ini menunjukkan dia semakin dapat menyesuaikan diri.

“Selain itu, formasi 4-4-2 yang diterapkan sangat sesuai dengan pasukan dan Vinicius dilihat dapat mempamerkan aksi sebenar. Mungkin dia tidak menjaringkan gol tetapi secara keseluruhan, dia bermain baik,” katanya.

Sebelum ini, situasi tegang tercetus dalam kem Real apabila Vinicius mendakwa corak permainan diterapkan Alonso tidak sesuai dengan permainannya sehingga mengugut enggan memperbaharui kontrak.

Bagaimanapun, semua masalah itu boleh dianggap selesai apabila kedua-dua pihak dikatakan sudah berdamai dengan Real kembali memberikan fokus untuk kembali merampas takhta kejuaraan daripada Barcelona. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI