fbpx
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia dipercayai lemas dalam sebuah kolam homestay, di Port Dickson.

Kanak-kanak lelaki meninggal dunia dipercayai lemas dalam kolam di Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PORT DICKSON – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia dipercayai susulan lemas dalam sebuah kolam homestay, di Batu 4, Jalan Pantai, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin berkata, bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) menerima maklumat berhubung insiden berkenaan kira-kira pukul 10.40 malam.

Menurutnya, susulan kejadian lemas di kolam homestay tersebut, mangsa telah dibawa dan menerima rawatan awal di Hospital Port Dickson dan pada pukul 6 petang dan dipindahkan ke Wad Pediatric Intensive Care Unit (PICU) Hospital Tuanku Jaafar di Seremban.

“Bagaimanapun, mangsa telah disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 8.40 malam oleh Pegawai perubatan yang bertugas. Susulan maklumat tersebut, siasatan lanjut membawa kepada kolam mangsa lemas sedalam kira-kira 1.5 meter dan sepanjang sembilan meter.

“Kes ini telah dirujuk kepada Bahagian Siasatan Jenayah kira-kira pukul 11 malam dan proses bedah siasat akan dilakukan pada hari ini di Hospital Rembau,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN