BAGI pencinta masakan Turkiye yang autentik, namun disuntik dengan sentuhan moden, di Kuala Lumpur terdapat satu lokasi kulinari pilihan yang mungkin mampu memikat selera tempatan. Terletak di lokasi strategik yang menjadi tumpuan ramai, restoran yang dikenali sebagai Grand Hisar bukan sahaja menawarkan sajian berkualiti tinggi, tetapi juga pengalaman menjamu selera yang menggabungkan warisan budaya Turkiye dengan gaya kontemporari yang elegan. Menurut pemilik bersama Grand Hisar, Yasin Uzundemir, sejak dibuka, Grand Hisar telah menarik perhatian pelancong, keluarga dan penggemar gastronomi yang……














