fbpx
Pernah digosipkan bernikah dengan golongan kenamaan, Daiyan memilih untuk tidak lagi melayan cerita palsu yang sengaja direka demi tujuan tertentu.

‘Dah malas nak betulkan khabar angin bodoh tentang saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seperti tidak berkesudahan, penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha meluahkan rasa penat menangkis lambakan khabar angin tidak masuk akal yang masih bersisa mengelilingi dirinya.

Ujar Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd. Nasaruddin, 31, dia kini memilih untuk tidak lagi melayan cerita palsu yang sengaja direka, terutamanya daripada mulut individu yang sudah pun memutuskan untuk membencinya.

“Pada tahap ini, saya malas dan tak kisah langsung nak betulkan apa-apa khabar angin bodoh tentang saya.

“Lebih teruk bila ada kata-kata yang kononnya saya ucapkan dalam situasi yang saya sendiri tak pernah muncul pun.

“Manusia yang memang tekad nak benci, mereka akan telan apa saja cerita negatif walau datang daripada sesiapa,” katanya dalam Threads.

Tambah pelakon drama Projek: High Council itu, dia memilih untuk menjaga kesihatan mental dan memberi ruang kepada perkara lebih bernilai dalam hidup.

“Saya tak mahu bazirkan tenaga. Kalau nak percaya cerita karut tu, silakan, yang penting, tolong tinggalkan saya jauh-jauh dan jangan kacau hidup saya.

“Orang yang betul-betul kenal kita takkan goyah dengan cakap-cakap kosong. Mereka sentiasa ada untuk kita,” tegasnya.

Turut bersimpati rata-rata peminat tampil memberi sokongan dan berharap pelantun lagu Penat itu terus kuat menghadapi tohmahan.

“Sabar Daiyan. Bakat dan populariti awak buat orang tak senang duduk, sebab itu fitnah tu datang,” tulis peminat.

“Jangan layan orang yang suka reka cerita. Fokus pada diri dan kerjaya. Biarlah kejayaan yang bercakap bagi diri awak, yang lain lantakkan,” komen pengikut.

“Selagi awak tak rugikan sesiapa, tak perlu bimbang. Pemfitnah tu memang takkan puas,” tulis pengguna media sosial.

Namun ada juga yang berpendapat situasi itu tidak pelik memandangkan ramai selebriti turut berdepan budaya fitnah dalam dunia media sosial.

Sebelum ini, Daiyan pernah dikaitkan dengan fitnah kononnya dia sudah berkahwin dan menjadi isteri keempat kepada seorang individu kenamaan.

Dakwaan tidak berasas itu tetap berulang dan bertebaran meskipun sudah dinafikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN