ISU gelandangan menjadi cabaran global termasuk di Malaysia, sedangkan penyelesaian sebenar memerlukan pemahaman mendalam dan komprehensif terhadap keperluan individu. Pendekatan holistik diperlukan bagi memastikan setiap bantuan diagihkan secara tersusun selain bekerjasama antara pihak berkaitan bagi mengelakkan pembaziran seperti yang dilaporkan media sebelum ini. Ada pihak menyarankan agar koordinasi diwujudkan antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agensi kerajaan, syarikat-syarikat swasta, mahupun orang ramai yang ingin menyumbang. Ikuti wawancara wartawan Kosmo! Ahad, Marlia Zakaria bersama Pakar Sosiologi, Profesor Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran……














