PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa buah negeri.
MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, amaran hujan berterusan sehingga hari ini di Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.
“Keadaan sama juga dijangka melanda seluruh Terengganu dan Pahang di Kuantan, Pekan dan Rompin.
MetMalaysia turut memaklumkan amaran tersebut turut melibatkan beberapa daerah di Johor melibatkan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
“Amaran sama turut dikeluarkan di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah dan Bintulu sehingga esok” katanya. – KOSMO! ONLINE














