SELALUNYA, apabila Diva tulis kisah Aliff Aziz mesti yang panas berapi dan sensasi. Namun, berbeza kali ini apabila video Aliff ketika menyertai aktiviti keagamaan yang tular baru-baru ini bikin khalayak sejuk hati.
Mahunya tidak, menerusi video berkenaan, Aliff dilihat mengalunkan potongan surah al-Furqan ayat 70 hingga 74. Video tersebut meraih pelbagai respons positif ramai termasuk rakan selebriti, Anuar Zain.
“Masya-Allah, dalam hati tetap ada Allah SWT, Allahuakbar,” komen Anuar.
“Masya-Allah, sungguh lunak suara kamu Aliff, syabas.
“Semoga Aliff kekal istiqamah, Allah sentiasa melindungi hamba-Nya,” komen netizen.
Nampaknya ramai tersentuh hati melihat Aliff membaca al-Quran. Diva pun berharap Aliff terus istiqamah melakukan perkara yang baik dan tidak mengulangi kesilapan lalu. Selagi nyawa dikandung badan,kita ada ruang untuk berubah dan menjadi insan lebih baik daripada semalam.
DIVA: Bahagia sungguh jadi Misha Omar, bila tengok anaknya Idris Ezzwa yang begitu berbakat, tak mustahil boleh jadi penghibur hebat masa depan!














