fbpx
Tangkap layar kemalangan berlaku di Jalan Bukit, Kajang semalam.

[VIDEO] Pelajar tiada lesen patah tangan kiri, tunggang lawan arus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Kecuaian seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun menunggang motosikal secara melawan arus tanpa lesen memandu menyebabkan kemalangan di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan Bukit, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, pelajar tersebut menunggang motosikal bersama lelaki berusia 20 tahun yang merupakan pekerja swasta.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan mendapati remaja itu gagal mematuhi tanda arah laluan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta.

“Siasatan turut mendapati penunggang motosikal tidak memiliki lesen memandu yang sah,” katanya dalam kenyataan, di sini malam tadi.

Akibat rempuhan itu, penunggang dan pembonceng motosikal tercampak ke atas jalan sebelum dihantar ke Hospital Kajang bagi mendapatkan rawatan.

“Penunggang cedera di kaki dan patah tangan kiri, manakala pembonceng dan pemandu kereta yang berusia 30 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya yang memberitahu kes disiasat dibawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, tular video berdurasi 37 saat di media sosial memaparkan sebuah motosikal ditunggang secara melawan arus sebelum bertembung dengan sebuah kereta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN