fbpx
Sebahagian daripada 15 kru kapal kargo yang menerima rawatan awal di Markas Maritim Kemaman, hari ini.

[VIDEO] APMM selamatkan 15 kru kapal kargo tanah liat hampir karam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Seramai 15 kru berdepan detik cemas selepas kapal kargo membawa muatan tanah liat dinaiki mereka mengalami kebocoran serius di perairan Merchang, Marang, dekat sini hari ini.

Insiden pada pukul 1 pagi itu berlaku sewaktu kapal kargo tersebut berada pada kedudukan kira-kira 109.27 kilometer (km) dari timur laut Merchang.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Abdul Halim Hamzah berkata, sewaktu kerajaan, kapal kargo terbabit dalam perjalanan menghantar muatan bekalan tanah liat terbabit ke Vietnam dari Lumut, Perak.

“Kapal peronda, KM Sebatik segera diatur gerak bagi tujuan penyelamatan sebaik mendapat maklumat pada pukul 8 pagi tadi.

“Kapal kargo itu kemudiannya telah diarahkan menghampiri kawasan daratan kira-kira 9.26 km dari timur laut Kampung Jambu Bongkok Marang dekat sini, sebelum kerja-kerja penyelamatan kru dilakukan pada pukul 12.55 tengah hari,” katanya di Markas Maritim Kemaman, di sini hari ini.

Abdul Halim berkata, sewaktu operasi penyelamatan dilakukan, kapal kargo yang sedang bersauh tersebut berada dalam keadaan senget akibat sudah dimasuki air.

Beliau berkata, kru kapal kargo yang diselamatkan tersebut terdiri daripada 13 warga Vietnam dan masing-masing seorang warga India dan Bangladesh yang berusia 21 hingga 54 tahun.

“Mereka tiba di Jeti Zon Maritim Kemaman di sini pada pukul 6.05 petang sebelum menjalani pemeriksaan kesihatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI