fbpx
Tengku Sarafudin dan Presiden dan Pengasas MSU, Profesor Tan Sri Datuk Dr. Mohd. Shukri Ab Yajid bersama graduan-graduan MSU. FOTO: AFIQ RAZALI

Tengku Sarafudin nasihati graduan MSU kukuhkan pemikiran kritis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM- Graduan Management and Science University (MSU) diingatkan agar terus memperkukuhkan pemikiran kritis dan kreativiti bagi menghadapi cabaran termasuk pada masa hadapan.

Raja Muda Kedah yang juga Canselor MSU, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin, bertitah, graduan perlu memiliki fokus yang jelas, keteguhan hati yang tinggi serta sentiasa mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat bagi menemui potensi diri.

“Bercita-citalah tinggi dengan ilmu global, tetapi jangan lupa berakar umbi untuk memberi kembali kepada komuniti.

“Namun, pada masa sama kita perlu memupuk budaya integriti yang mencerminkan kejujuran, ketelusan dan akauntabiliti demi memastikan sebuah negara yang adil dan makmur,” titah baginda sempena Majlis Konvokesyen MSU ke-36 MSU di Dewan Canselor MSU, hari ini.

Terdahulu, pada majlis tersebut, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi dan Air, Prof. Emiritus Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang dilantik sebagai Pro-Canselor MSU dengan surat watikah pelantikan diserahkan Presiden dan Pengasas MSU, Profesor Tan Sri Datuk Dr. Mohd. Shukri Ab Yajid.

Konvokesyen kali ini menyaksikan seramai 2,453 graduan dari 128 program menerima skrol pengajian dalam majlis berlangsung selama dua hari bermula hari ini.

Malah, ia turut mencipta sejarah apabila tiga program akademik, iaitu Bachelor in Economics and Finance (Honours), Advance Diploma in Midwifery dan Diploma in Music melahirkan kohort graduan sulung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI