fbpx
ISTERI Amitabh Bachchan mahu cucunya menikmati hidup terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk berkahwin.

‘Perkahwinan idea lapuk’ – Jaya Bachchan bangkang cucu kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AKTRES veteran Jaya Bachchan tidak mahu cucu perempuannya, Navya mendirikan rumah tangga. Menurut isteri kepada Amitabh Bachchan itu, perkahwinan adalah sesuatu yang lapuk.

Ketika ditanya adakah dia ingin melihat Mavya mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat memandangkan cucunya itu bakal menginjak usia 28 tahun tidak lama lagi, kata Jaya dia hanya berharap cucunya hidup bahagia.

“Saya mahu Navya menikmati hidupnya. Saya tidak mahu dia berkahwin. Perkahwinan adalah idea lapuk. Generasi sekarang lebih faham dan cakna dengan setiap perkara,” katanya.

Memandangkan sudah berusia, Jaya juga berpendapat dirinya bukan individu sesuai untuk memberi nasihat tentang hubungan dan cara ibu bapa membesarkan anak-anak.

Disebabkan kenyataan itu, ramai beranggapan dia tidak bahagia hidup bersama Amitabh Bachchan. Kisah rumah tangga mereka sering menjadi perhatian ramai berikutan skandal Amitabh bersama Rekha yang masih menjadi bualan sehingga ke hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN