fbpx
GAMBAR fail pesawat syarikat penerbangan Spring Airlines. - Foto AFP

Mahu duduk bersama teman wanita punca pesawat mendarat cemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TOKYO – Sebuah pesawat syarikat penerbangan Spring Airlines terpaksa kembali ke Jepun dan membuat pendaratan cemas selepas berlaku pertikaian antara seorang penumpang lelaki dan seorang pramugari mengenai tempat duduk, lapor portal berita VnExpress.

Penumpang tersebut mahu menukar tempat duduk untuk duduk di sebelah teman wanitanya, namun pramugari berkenaan menolak permintaan itu, menyebabkan berlakunya pertengkaran pada Isnin lalu .

Seorang penumpang berkata, pertikaian itu berlarutan hampir dua jam selepas pesawat tersebut berlepas ke Shanghai, China.

Memandangkan situasi tidak dapat diselesaikan, pramugari tersebut menghubungi polis, menyebabkan pesawat itu berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, lapor akhbar Japan Daily.

Rakaman video menunjukkan kru kabin cuba mengawal keadaan di dalam pesawat sehingga polis tiba.

Penumpang yang mengganggu itu ditangkap di Narita, manakala penumpang lain terkandas di lapangan terbang dan terpaksa menunggu sehingga pukul 10 pagi (waktu tempatan) keesokan harinya untuk penerbangan yang dijadualkan semula.

Syarikat penerbangan itu menawarkan pampasan sebanyak 10,000 yen (RM265) kepada setiap penumpang yang terjejas tetapi tidak menyediakan penginapan, menyebabkan ramai terpaksa berehat di bangku lapangan terbang sepanjang malam.

Kejadian itu mendapat kecaman di media sosial daripada netizen dengan ramai daripadanya menuntut hukuman tegas terhadap penumpang lelaki tersebut kerana sikap mementingkan dirinya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN