fbpx
MAYAT seorang lelaki warga emas yang mait dalam kemalangan di Kampung Kongsi Baru, Jalan Kuala Kampar Malim Nawar, Kampar pada pukul 1.13 petang tadi. - Foto IHSAN JBPM PERAK

Lelaki warga emas hilang rupanya maut nahas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAMPAR – Seorang penunggang lelaki warga emas berumur 75 tahun gagal mengawal sebuah motosikal Honda EX5 sebelum terbabas ke tebing jalan dalam kejadian di Kampung Kongsi Baru, Jalan Kuala Kampar Malim Nawar, di sini pada pukul 1.13 petang tadi.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, mangsa dilaporkan hilang oleh keluarga sejak semalam.

“Lelaki ini telah disahkan maut dilokasi oleh petugas kesihatan. Mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini, hari ini.

Kawasan kampung tersebut agak bersemak dan kurang pencahayaan lampu jalan pada waktu malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN