fbpx
Tangkap layar video yang memaparkan kejadian tersebut.

‘Kenapa hantar guna lori, kenapa tak terbangkan kepada pembeli’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebuah lori yang membawa muatan helikopter dipercayai tersangkut di selekoh lebuh raya sehingga menyebabkan kesesakan trafik.

Kejadian dipercayai berlaku di laluan berhampiran Bandar Sunway yang dirakam orang awam itu tular di media sosial hari ini.

Berdasarkan klip video berdurasi satu minit 18 saat itu, insiden itu berlaku disebabkan saiz muatan yang terlalu panjang untuk melalui laluan terbabit.

Namun, kenderaan tersebut dilihat berjaya melepasi selekoh dengan bantuan beberapa penunggang motosikal yang berada di lokasi.

Inisiden itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.

“Beli helikopter ingat boleh terbang,” kata pengguna media sosial.

“Kenapa nak hantar guna lori, kenapa tak terbangkan sahaja kepada pembeli,” ujar Mohd. Shafrizan.

“Benda macam ini kena buat waktu malam, trafik kurang,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN