PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan melibatkan Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah sehingga pukul 1 tengah hari ini.
Antara kawasan yang dijangka terjejas adalah Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran dan Bera di Pahang.
“Selain itu, hujan turut diramal berterusan berlaku di Mersing dan Kota Tinggi di Johor,” ujarnya.
Di Sarawak, cuaca sama dilanda melanda Kuching, Serian (Serian), Samarahan, Sri Aman (Sri Aman) dan Betong (Pusa dan Betong) serta Pedalaman (Kuala Penyu) di Sabah.
Amaran cuaca berterusan turut melanda Labuan. –KOSMO! ONLINE














