fbpx
Barisan pemain Arsenal kecewa selepas dibolosi saat akhir oleh Buendia pada aksi sebentar tadi. - AFP

EPL: Arsenal tumbang di Villa Park

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Rekod tanpa kalah 18 perlawanan Arsenal akhirnya menemui titik noktah selepas tewas mengejut 1-2 kepada Aston Villa dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Villa Park, sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, skuad The Gunners yang gah berada di puncak liga membariskan kesebelasan terbaik dengan jentera serangan dibarisi Mikel Merino, Eberiche Eze dan Bukayo Saka.

Pasukan pelawat tersentak apabila ketinggalan hasil jaringan pertahanan Villa, Matty Cash pada minit ke-36 dengan keputusan kekal pada babak pertama.

Bersambung pada separuh masa kedua, pengendali Arsenal, Mikel Arteta membuat rombakan dengan mengeluarkan Eze untuk digantikan dengan Leandro Trossard.

Percaturan itu membuahkan hasil selepas Trossard hanya memerlukan tujuh minit untuk meledak gol penyamaan.

Namun, ketika kedua-dua pasukan dilihat berpuas hati dengan keputusan seri, pemain sensasi tuan rumah, Emiliano Buendia muncul wira apabila meledak gol kemenangan pada masa kecederaan sekali gus meraih keputusan dramatik 2-1.

Kekalahan Arsenal menyaksikan mereka kekal dengan 33 mata, dibezakan tiga mata berbanding Villa selepas mengharungi 15 perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI